Gerakan akan menampilkan lebih ramai muka baharu sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dalam usaha mencerminkan pembaharuan yang dilakukan oleh parti itu.

Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata senarai calon Gerakan akan turut memperlihatkan lebih ramai calon wanita dan belia.

"Senarai hampir dimuktamadkan...lebih 90 peratus kerusi dan calon hampir sudah diputuskan...orang yang kami calonkan ialah calon boleh menang tetapi senarai ini mungkin boleh berubah lagi," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Sabtu

Beliau juga berharap keputusan PRU-13 akan lebih memihak kepada Gerakan dan Barisan Nasional (BN) berbanding piliha raya umum 2008 lepas yang antara lain menyaksikan Pulau Pinang terlepas ke tangan pembangkang selepas diterajui Gerakan selama 39 tahun.

Katanya, situasinya kini lebih baik dengan sokongan masyarakat majoriti iaitu Melayu, Cina dan India terhadap BN telah kembali dan semakin kukuh.